Kelab Blogger Ben Ashaari

Kelab Blogger Ben Ashaari
Showing posts with label pisang cheese jakarta. Show all posts
Showing posts with label pisang cheese jakarta. Show all posts

Pisang Cheese Jakarta Bangi Yang Muak

9 comments
Assalammualaikum...

Serious... Gua pasti penggemar pisang chesse termasok wife gua akan marah...

Iyalah... Dah gua mengikut tekak gua review... Tekak gua kata ok... Gua pun menaip atas tinta nie mengikut selera n tekak wa...

So, nie review gua setelah gua menerjah Pisang Cheese Jakarta (PCJ) Bangi.

Nie first time gua terjah n wlhal selalu je gua lalu perkawsan nieh..

Gua menerjah port nie bersama glfamily gua pada Ahad lepas.

Memang ramai orang beratur... Memang kalau gua beratur nak dapatkan PCJ nieh ada dalam 1/2 jam baru dapat.

Dek kerana gua menerjah dengan anak-anak n wife gua.

Akak pengambil pesanan tengok gua tercangak-cangak dengan anak-anak gua yang huru-hara.

"Akak boleh ambel pesanan dia hantarkan kamu xperlu beratur.."

Gua apa lagi, laju la bersetuju dengan idea yang diberi.

Gua memesan air minum beserta PCJ Original & PCJ Coklat.

Sementelah gua menanti PCJ sampai gua pesan Char Keaw Tiaw Special 3 utk wa , wife n anak. ( Hero gua yg sulong pekena nasi lauk ayam plus tempe )

Dalam 15 minit pesanan PCJ gua arrive. Gua memasukkan PCJ Original ke dalam mulut. Menikmati rasa pisang goreng bercampur cheese, bersatu di dalam mulut wa..

Fuh... Lain rasanya. Pisang goreng yang manis di mamah bersama cheese yang memang... Fuhhhh... Sedap!!!! A++++ hehehehe..

Gua merasa pula PCJ Coklat... Sedap  manis pisang n cheese n coklat.. Namun ia sedikit muak mungkin... Gua bukan pemakan manis yang tegar...

Peminat coklat mungkin menikmati rasa coklat rice & coklat cair... Tapi wa makan PCJ Coklat kedua.. Terasa kemuakkannya.. Namun rasanya tidak mematahkan selera..

Mungkin lepas nieh terjahan gua akan memilih PCJ Original extra Cheese..

Jika lu orang ada port makan untuk wa terjah...

Jangan segan silu komen or email gua untuk gua terjah...

Jom nikmati gambar yang wa amek Pisang Cheese Jakarta n suasana...

Lupa lak wa..
Waktu Operasi 2pm - 10 pm

Landmark kedai sederet dengan Hospital Az Zahrah & Hospital Pakar An Nur.

Gerai nie di loong tengah antara Restoran Kelisa & Restoren Miyagi



Penggemar Pisang Cheese Jakarta (PCJ)



PCJ Fans Beratur untuk menikmati minum petang