Kelab Blogger Ben Ashaari

Kelab Blogger Ben Ashaari
Showing posts with label masakan melayu. Show all posts
Showing posts with label masakan melayu. Show all posts

Pencari Makan Makan Best Di Warung Budget

2 comments
Assalamualaikum...

Fuh... Semakin gua ketandusan food review...

Hahaahaa.. Adakah ia petanda pengakhiran?? Owh tidak.. Akan wa pastikan ia akan diterjah oleh lu orang yang Food Hunter & Food Lovers.. Hahaha..

Ok kali nie wa terjah port yang sesuai untuk yang bukan sahaja 'sengkek' tapi kaki budget...

Walaupun ia tak menjadi perhatian ramai namun adalah menjadi kegilaan ramai terutama pelajar-pelajar yang membuat perkiraan sementara nak tunggu loan or duit dari mak bapak depa..

So, port nieh gua dibawa oleh member opis gua.. Kalo wa p sorang memang jumpa tapi pasti wa muka-muka poyo segan nak terjah.. :)

Walaupun nama warung budget, namun masakan & rasa tidaklah seperti namanya. Rasa & aroma serta masakan yang dimasak tidak kurang pada tekak wa...

Ia tetap berselera untuk wa makan ( sampai wa lupa nak snap pic sebelum makan.. ) So, port nieh memang dekat untuk memember or pencari makan sedap di Kajang or Bangi.

Nie port yang dekat Port makan wa makan ikan bakar di gerai Kajang. Gerai nieh sederet jerk... Cuma gerai nieh permulaan kedai..

Taman Kajang Mewah Landmark Speedmart 99 & Giant Kajang Mewah. Lagi? Gerai nie ada pokok buluh runcing.

Gua pekena Nasi Lauk Ayam + Telor + Air = RM 5.50 budget tak?? Ok kan?? Kaakakaka Leh la lu orang cer terjah.. Wa tak pasti Sabtu/Ahad buka tak...

Nie ku dapat dari google

Latitude / Longitude

2.975128,101.780112


Gambar dari Instant Street View

Oklah port sedap makan.. Gua sharekan beberapa gambar yang gua snap untuk lu orang..




Lu orang jangan buat caption bebukan ok.. "This Is Nasi Budget. Nasi Berlauk RM 3.50"


Pencari Makan Port Makan Sedap Bangi Awe Seafood

8 comments
Assalamualaikum...

Port nieh antara yang dekat dengan rumah wa & antara port selalu gak la wa n family terjah.

Cuma port nieh atas bukit dan ramai nampak & tak tahu nak masok kot mana...

Masakan kat kedai nieh nak kata sedap bangat tak juga.. Tapi memenuhi tekak wa n family la..

Ada sekali tueh depa masak tak kena dengan tekak gua..

2 bulan gak wa tak jejak kaki kat kedai nieh..

Dah selalu sangat lepak kot gamaknya tokey siap tanya apsal lama tak nampak...

Nie la laluan untuk gua tegur supaya kebaikan pekedai sebagai penjual wa sebagai pembeli meluahkan.. Win Win situation ma..

Wa pun cakap brother nieh pon leh terima kritikan gua beserta permohonan maaf... Oklah.. Wa bukan nak maaf cuma sayang la.. Masak sedap tetiba dek kerana masak mula cincai boncai.. Ha.. Customer terjah kedai lain...

Alhamdullilah lepas beberapa kali pergi takdak masalah yang gua hadapi seperti sebelum nieh..

Selain dari tueh.. Port parking untuk lu orang terjah kedai makan nieh.. Memang luas la.. Walau diterjah seramai orang.. Port parking dah owner sewa dengan pemilik kedai service lori di tapak depan kedainya... ( Nie selalu gak dihadapi pencari makan macam wa nieh..  Parking )

Menu wa pada kali nieh....

TOMYAM Putih dok order TOMYAM biasa tak pedas dapat pedas gak ( Mungkin pes tomyam kot ) anak-anak so, kita akan lakukan yang terbaik supaya depa nak makan...

Daging goreng kunyit ( peberet wife gua )

Telur Dadar

Kerang Rebus

Kepok goreng.. ( Nie anak-anak wa sekali ngan wa n wife pekena sebelum makan nasi )

Menu minuman memasing dengan pilihan tersendiri...

Bandung, Milo tabur, Fresh Oren & pilihan wa penyejuk badan LaiChiKang

Oklah.. Itu jer kot untuk lu orang yang mencari kedai makan sedap area bangi.. Port nieh antara port wajib pada wa lu orang terjah.

Menu tambahan bagi penggemar BELUT.. Nah.. Tokey nieh baru dapat supplier dari Tanjung Karang... Stok tak banyak pasal katanya dapat dari sawah punya belut.. ( Gua mana reti & gua tak try lagi.. )

So, jom la lu orang tengok beberapa gambar makan sedap kedai Awe Seafood nieh..






















Taman Warisan Pertanian Port Orang Kerajaan

12 comments
Assalamualaikum

Aku sempat menerjah seorang diri port makan kat Taman Warisan Pertanian Putrajaya. Ia nampak sama walau ditutup selepas renovasi.

Laluan Masuk Taman Warisan Pertanian 
View Taman Warisan Pertanian

Port makan nieh ramai diterjah oleh penjawat awam Wisma Putra pun berdekatan.

Taman Warisan Pertanian yang terletak di Presint 16 mudah dikunjungi. Selain itu, sekolah berdekatan memudahkan ibubapa untuk menapaw makanan untuk dibawa ke tempat kerja dan bekal anak sewaktu sesi persekolahan petang.


Menu yang ku cuba adalah Nasi Ayam Berempah & Coconut Shake sebagai pilihan minuman.

Nasi ayam dari segi persembahan ku lihat ok-ok jerk... Dengan sup yang diberi. Sekali merasai sendiri supnya.. WOW! Berapi beb.. Pedas berempah supnya. Sedap juga, cuma kurang sesuai untuk anak-anak yang tidak gemar pedas.

Nasi serta ayam dicurahkan sambal & kicap menambah keenakan rasa ayam dan pedas bercampur.

Manakala Coconut Shake lebih berasa susu walau kekadang tergigit isi kelapa.. Membuatkan aroma kelapa & rasa hilang ditelan susu & aiskrim yang diisi.

Semoga korang menikmati beberapa gambar yang gua titipkan untuk tatapan korang.. 

Nie details alamat serta no phone untuk dihubungi...



Air Minuman pilihanku Coconut Shake

Nasi Ayam Berempah

Gerai Nasi Ayam Berempah 
Gerai Coconut Shake ABC Cendol

Geria Penanggah pilihan yang lain  
Outside Food Location Meja

Gerai Roti John

Sup Berempah Nasi Ayam Berempah Pedas

Y TomYam Seafood Dengkil

2 comments
Assalamualaikum...

Sejak mendapat maklumat dari isteri tentang port makan area Dengkil.
Aku mula menelefon member gua yg dah pernah p tempat tueh.

Alhamdllh. Dinner 24/9/14 aku berjaya melangkah kaki ngan familyku di Y Tomyam Seafood.
Beberapa gambar yang ku rakam sambil makan. Menu yang membuatkan aku cukup terliur.
Menu set. Tomyam ku pilih Tomyam Kok a.k.a Tomyam Putih disebabkan memudahkan anak-anakku makan dengan selera.

Ku pilih set 3 orang makan. Punyalah tamak aku n wife... (walhal aku yg pelahap)
Apa yang menareknya menu nieh dengan yang lain2 set kedai korang pernah pergi??
Yang menarek minatku yg 1st time datang sini. Jika amek set makan 3 orang makan. Air yang disediakan, bukan Sirap @ Teh o Ais. Malah kita boleh pilih Air Buah atau apa-apa air yang boleh menyejukkan tekak kita.. Hehehehw..

Beberapa gambar makanan yang aku teringat nak ambek.. Yelah.. Baru nak start berblog.. Mana ku nak ingat amek gambar sebelum makan.. Hahahaa..

Hope korang leh la terkah port nieh. Aku makan Set 3 orang makan Ikan Siakap 3 Rasa,Telur Dadar, Sayur Kailan Ikan Masin ( pun leh pilih nak sayur apa) Tomyam Chanmai ( Merah/Putih) Nasi Putih 3  tambah Nasi Putih 1, Air buah Tembikai 1 ,Milo Tabur Ais 3, Total RM52/-

Lokasi kedai makan

Lot 8377 (Simpang Y (Putrajaya-Dengkil)), 43800 DengkilSelangor
Contact 012 387 3633









Treats Pit Stop for Riders

0 comments
Assalamualaikum
Disebabkan kesebukan pada tengah hari.
Ini menu lunch treat aku di Treats Petron Sg Besi.
Port nie memang sesuai utk rider macam gua yg bawa EX1600.
Bangi - KL - Bangi

Walaupun tahu stock up di mahal sikit. Namun keselesaan dgn air-cond dan aweks-aweks yang membeli belah membuatkan gua pilih pirt nieh.
Oklah. Riders lain macam gua happy ride safe ride...





AEON Food Court Cheras Selatan ARENA

0 comments

Assalamualaikum.

Pada yang biasa membeli-belah kat shopping complex terutama AEON,GIANT,TESCO & sewaktu dengannya.

Tak terlepas jika pergi waktu tengah hari pasti kita akan menyinggah kedai makan a.k.a food court yang tersedia.

Kali nie nak review makanan yang gua try di salah satu food stall yang terdapat dalam ARENA.

Kalau tengok dari segi presentation gambar menu yang dihasilkan..

Bertambah lapor gua bila gua tgk gambar yang diletak di food stall yang ada.

Tetapi gua tertarik untuk makan Nasi Ayam pada kali nieh. ( agak-agak la gua nak review semua. Gua leh telan satu masa satu menu )

Pada review gambar membuatku order Nasi Ayam Roasted.

Gua menanti hampir 3 minit. Makanan gua siap..

Dari segi presentations yang gua tengok kat gambar dengan real presentation memng agak mengecewakan....

Sedey gua tgk persembahan makannya...

Nak buat camner.. Bukan AEON or ada orang nak bayarkan walau gua xpuas hati.

So gua teruskan pemakanan gua ke meja makan.

Sekali gua pun merasa nasi ayam roasted yang dicurah sambal tanpa kicap.

Sekali gua rasa. Wow!!!! Walaupun presentation yanh menghampakan. Namun rasanya... Tidak mengecewakan gua....

Macam orang selalu cakap.. Don't judge the book by it cover.

Tapi gua memang menilai dari luaran jika gua xkenai.

Kekurangan Nasi Ayam nieh pada sup & xdak kicap.

Oklah. Lu orang nak pekena masakan ala melayu ala british ala mat salleh ala mamak.. ARENA food stall Cheras Selatan salah satu recomanded.

Walau mahal sedikit dari harga di luar. Namun rasanya tidak mengecewakan..

Korang tgk la pic yang gua snap untuk tatapan korang.

Port Makan Chop & Steak Serdang

5 comments
Perghhhh... Salam... Menu makan port kali nieh mmg port ketegori aku selalu pegi.
Cuma kebelakangan nieh ku jarang g pasa wife rajin masak kat umah.

Ok back mai topic. Kedai nie memang dekat dengan Universiti Putra Malaysia (UPM).
So, kategori port harga patut-patut la. Lokasi student yang dekat mungkin membuat ia harga patut-patut.

Namun masakan & makanan nieh jauh lebih menarek berbading port 'kg baru' yang ngetop.
Menu utama adalah makanan barat. Jadi ia menjadi pilihan kebanyakan pengunjung kat sini.
Ok ini beberapa gambar makanan yang aku tempah semalam.
Map View Chop n Steak Landmark Proton Service & Perodua


Alamat Kedai :

No.379, Jalan 18/1 (Taman Sri Serdang), 43400 SerdangSelangor

Perjalanan dari UPM Serdang. Selepas pamp station Petronas, Petron nampak SPEEDMART 99.

Belok kiri. Simpang pertama ambil kanan. Terus... Sampai jumpa kren park , masuk simpang kanan. 

Kedai berada di sebelah kanan. Cari park, park & makan...