Kelab Blogger Ben Ashaari

Kelab Blogger Ben Ashaari
Showing posts with label food court putrajaya. Show all posts
Showing posts with label food court putrajaya. Show all posts

Taman Warisan Pertanian Port Orang Kerajaan

12 comments
Assalamualaikum

Aku sempat menerjah seorang diri port makan kat Taman Warisan Pertanian Putrajaya. Ia nampak sama walau ditutup selepas renovasi.

Laluan Masuk Taman Warisan Pertanian 
View Taman Warisan Pertanian

Port makan nieh ramai diterjah oleh penjawat awam Wisma Putra pun berdekatan.

Taman Warisan Pertanian yang terletak di Presint 16 mudah dikunjungi. Selain itu, sekolah berdekatan memudahkan ibubapa untuk menapaw makanan untuk dibawa ke tempat kerja dan bekal anak sewaktu sesi persekolahan petang.


Menu yang ku cuba adalah Nasi Ayam Berempah & Coconut Shake sebagai pilihan minuman.

Nasi ayam dari segi persembahan ku lihat ok-ok jerk... Dengan sup yang diberi. Sekali merasai sendiri supnya.. WOW! Berapi beb.. Pedas berempah supnya. Sedap juga, cuma kurang sesuai untuk anak-anak yang tidak gemar pedas.

Nasi serta ayam dicurahkan sambal & kicap menambah keenakan rasa ayam dan pedas bercampur.

Manakala Coconut Shake lebih berasa susu walau kekadang tergigit isi kelapa.. Membuatkan aroma kelapa & rasa hilang ditelan susu & aiskrim yang diisi.

Semoga korang menikmati beberapa gambar yang gua titipkan untuk tatapan korang.. 

Nie details alamat serta no phone untuk dihubungi...



Air Minuman pilihanku Coconut Shake

Nasi Ayam Berempah

Gerai Nasi Ayam Berempah 
Gerai Coconut Shake ABC Cendol

Geria Penanggah pilihan yang lain  
Outside Food Location Meja

Gerai Roti John

Sup Berempah Nasi Ayam Berempah Pedas