Kelab Blogger Ben Ashaari

Kelab Blogger Ben Ashaari
Showing posts with label blog food. Show all posts
Showing posts with label blog food. Show all posts

Pencari Makan Food Blogger Live In TV? Betui ka Nieh??

0 comments
Assalamualaikum....

Pergh... Lama beb wa tak terjah port makan.. Bz dengan urusan kerja...

Bz dengan projek wa lagi... Namun ia tidak membataskan wa untuk terjah beberapa port dan wa mula mendapat tempat di kaca mata tv..

Syukran & terima kasih pada team TV1 kerana memilih wa untuk masuk dalam 1st episode lu orang leh standby depan TV bila program nie bermula...

MENU KITA merupakan tajuk yang dikatakan wa akan muncul bersama Abang Brian Master Chef Celebrity Malaysia...

Walaupun ia pengalaman pertama wa berjumpa retis, namun Abang Brian yang humble dan mudah didekati memudahkan proses rakaman pada hari tersebut..

Oklah.. Wa nak share dengan lu orang VT yang produser tersebut dah sediakan untuk saringan awal...


Banjir Dan Cara Mudah Menderma Seguni Beras

0 comments
Assalamualaikum....

Selepas satu persatu musibah melanda Bumi Bertuah Malaysia....

Pencari makan macam wa pun terkesan juga walau tak terlibat secara langsung dengan Banjir Besar di Kelantan...

Namun ia memberi kesan pada kita semua rakyat Malaysia...

Pelbagai gambar & kemusnahan yang dapat kita lihat sesudah banjir...

Sebagai Rakyat Malaysia yang prihatin... Wa pasti dan yakin setiap dari lu orang akan kurang-kurang menderma lebihan baju untuk mangsa-mangsa banjir yang memerlukan..

Selain dari itu, tenaga sukarelawan yang tidak kurang membantu mereka yang kesusahan....

So, pada lu orang yang nak membantu lagi..

Nie kekdahnya..

Terjah Blog Denaihati.. Setiap Komen bermula 25/12/14 sehingga 31/12/2014 bernilai RM1

Semoga kita dapat peroleh keberkatan dari apa yang kita lakukan pada hari ini kelak....







Ramai ke nak bantu hat nieh jerk?


AYAM BAKAR Nasi PERCUMA

0 comments
Assalamualaikum....

Nasi & Ayam Bakar??? Fuh!!! Nasi Brown Rice pulak tueh!!! Ayam Bakar lagi...

Double diet...

Ok.. Selain dari Ayam Bakar.. Semua menu selain ayam adalah PERCUMA!!

Yer PERCUMA untuk tambahan & seterusnya...

Sayur, air, salad, sup ayam,sup kaki ayam & sup leher ayam.. Lu nak tambah nasi semua PERCUMA beb...

Gua pekena sekali pun memang lain macam menu dia.. Gua pun pelik camner owner leh make profit dari semua PERCUMA.. Buka di awal pagi jam 9.00 pagi.. Sebelum jam 3 petang dah tutup habis pintunya...

Ayam bakar pada gua paling laku.. Walaupun lu orang kena bayar... Berbaloi beb beli ayam panggang nieh...

Port Kedai Untuk lu orang TERJAH

Latitude / Longitude

2.942993,101.745857

Jom jamu beberapa gambor yang gua snap untuk tatapan lu orang...














Pencari Makan Gerai Makan Sedap Pemanis Bangi

4 comments
Assalamualaikum...

Port nieh paling ramai dikunjungi mereka yang kerja area pemanis & kilang-kilang industri kecil berdekatan...

Port nieh tepi jalan jer.. Memang mudah nak cam.. Lokasi betul-betul kat simpang nak masuk Kilang Pemanis ( PEPSI ) Bangi.

Port kedai nie yang setau gua buka memang hari bekerja Isnin - Sabtu. Jadi kalau lu orang nak terjah waktu cuti umum... Gua cadangkan lu orang akan menyesal pasal depa memang tak buka...

Sejak taukey gerai nieh dapat tender kantin PEMANIS... Menu makanan menjadi sedikit... Namun ia tidak menghampakan... Nampak tak?? Menu lauk pauk campur tetap ada..

Cuma kini lauk-pauk campur makan tengah hari tiada lagi... Namun ia, tidak membuatkan gua untuk tidak menerjah gerai nieh..

Masih kekal maintain menu utama adalah, Nasi Ayam Dara ( wa tak pasti betul ke tak.. Lu cer tanya.. Wa tanya depa habaq Nasi Ayam Dara.. )

Selain dari Nasi Ayam Dara, Nasi Berlauk juga  dijual disamping kuih-kuih goreng seperti Keropok Lekor , Goreng Pisang, & Keledek Goreng.

So, port Gerai Makan Sedap Bangi kali nie.. Telah wa kongsikan.. Jom pada lu orang yang menikmati kesedapan Nasi Ayam Dara + Sambal Istimewa depa nieh...

Lu orang leh cari dalam WAZE, Google Map PEMANIS Bangi...

Apa pon.. Lu orang tengok beberapa gambar yang sempat gua snap untuk tatapan lu orang...

Pekerja HONDA Service pun ada..

Nasi Ayam Dara yang gua kata sedap tueh

Tak kurang hebat juga Keropok Lekor nieh

Kuih Goreng Pisang

Travelog Makan Air Bakar Arang Malim Melaka

5 comments
Assalamualaikum....

Makan-makan pencari makan masih di Melaka... ( wa kan cakap seminggu di Melaka.. )

Oklah.. Nieh port makan untuk yang nak merasa kelainan air minuman yang dibakar menggunakan kayu arang...

Serious wa memula minum memang terasa kelainan air yang diorder..

Gerai nieh betul-betul belakang Caltex Jalan Malim Jaya Melaka..

Hasil dari terjahan dengan pak mertua & ipar wa pergi leh tahan gak.. Kedai pun ramai orang...

Menu pilihan tiada yang lain cuma Air yang dimasak menggunakan Arang bakar pada gua memang kelainan dibawa pemilik kedai.

Nasi Lemak pelbagai pilihan..

Nasi Lemak Telor Goreng
Nasi Lemak Ikan Bilis
Nasi Lemak Kangkung ( Menu biasa orang Melaka )
Mee Goreng

Kedai Makan Sedap Melaka


Mesin Air Arang Bakar

Nasi Lemak

Menu Sarapan Gua

Mee Goreng Panas-panas

Travelog Makan : Rasa Kampung Cheng Melaka

2 comments
Assalamualaikum....

Pada minggu lepas wa meluangkan masa bercuti ( balik kampung sebenarnya ) di Melaka.

Ada beberapa port yang wa terjah mungkin secara kebetulan sama seperti team Jalan-Jalan Cari Makan TV3

Wa mendapat jemputan untuk merasa & menikmati makanan yang disediakan oleh Restoran Rasa Kampung.

Thanks bro Ammar atas jemputan....

Pada pengamatan wa, kedai nieh dari segi hiasan & susun atur memang menarik & simple.

Permudah untuk tetamu/pengunjung untuk duduk & makan dengan tenang. Ruang kedai yang besar & berada di hujjung membuatkan pemilik dapat mengambil ruang tepi untuk digunakan sebaik mungkin untuk pengunjung makan dengan selesa.

Port wa makan pula sebelah dengan cashier ( harapan dapat cuci mata awek-awek yang bayar )

Kedai Makan Sedap Melaka
Rasa Kampung Makan Sedap Melaka


Restoran Rasa Kampung Cheng  Melaka


Wifi disediakan PERCUMA pada pengunjung


Rasa Kampung Senarai Harga

Daging Salai



Daging Kambing

Lauk Pauk Pilihan


Ammar memilih lauk Kambing Kari
Pada lu orang yang nak menerjah Restoran Rasa Kampung yang sedap kat Melaka...

Restoran Rasa Kampung
Taman Teknologi Cheng
Cheng Melaka
Waktu Operasi 7.00 pagi - 12.00 pagi

Nasi Ayam OK Sg Besi

7 comments
Assalamualaikum....

Fuh.... Makin lama makin mencabar untuk gua memberi ulasan makanan....

Namun ia tidak memutuskan semangat gua...

Siap mendapat 'PM' di facebook untuk menjemput wa review makanan area Melaka..

Pergh... Thanks.. Akanku penuhkan harapan bro untuk wa turun Melaka review makanan Melaka lagi pada cuti Raya Depavali... :)

Oklah.. Back to main topic....

Gua semalam sempat melayan Nasi Ayam OK yang popular di kalangan warga setempat nak-nak abang askar & abang-abang polis... Kedua petugas ini melindungi & menjaga keamanan negara.. TABIK HORMAT pada mereka..!!!

Port sedap makan Sungai Besi nieh memang betul-betul belakang pasar basah Sungai Besi. Kedainya pula betul-betul kat selekoh untuk ke UPNM dari pekan Sungai Besi.

Port makan sedap Nasi Ayam OK nieh kalau lewat.. Memang gigit jari beb!! Serious.. Wa pernah terkena.. Pasai wa sampai kedai nieh dalam lingkungan jam 2.15pm..

HABIS!!! Serious.. NASI AYAM OK sedap Sungai Besi nieh HABIS!!! Fuh!! Memang lain macam kedai nieh....

So, semalam gua berkesempatan untuk menerjah makan tengah hari.. Gua order Nasi Ayam OK 1 plus AYAM DOUBLE!! ( Pagi tak sarapan jadi gini.. Alasan wa jer tueh.. )

Apa yang sedap pada tekak wa Nasi Ayam nieh bukan pada SUP.. Namun ia terletak pada NASI, AYAM & Sos serta kicapnya...

Yups.. Lu orang pergi kedai nasi ayam mana-mana pun dia akan campurkan SOS & KICAP sekali bukan..?

Namun kedai Nasi AYAM OK nieh dia asing PLUS!! Ada bekas SOS,Kicap & Cili Potong untuk lu orang tambah sendiri... Serious.. Lu orang makan sampai abih nak tambah SOS pun depa tak marah...

Oklah... Lu orang layan beberapa gambar yang gua amek semalam...

Nasi Ayam OK Sedap di Sungai Besi

Ruangan Menghidang Nasi Ayam OK
Ruang makan dalam kedai Nasi Ayam OK

NASI AYAM OK SG BESI yang simple tapi sedap

Pada lu orang yang nak menerjah tapi takut kehabisan...

Lu orang call no nieh untuk tempahan berapa orang nak makan...

  • Nasi Ayam OK 
  • Jalan Suasa, Sungai Besi
  • 57000 Petaling Jaya, Malaysia
018 200 3004
10.00 pagi - 4.00 petang

Ayam Hitam & Mamat Stim?? Fuh!

8 comments
Assalamualaikum...

AYAM HITAM!!!!?? Pergh!! Nie beberapa rakan aku rekemon terutama otai gua yang rekemen...

Stim Habis gua....


WOW!! Port nieh memang betul-betul tepi jalan yang cukup sesak dengan kenderaan...

Terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman & Chow Kit yang berhampiran.. Susasana pada makan tengah hari dikatakan terlalu ramai orang beratur untuk menikmati jamuan makan tengah hari..

Kedai nie gua terjah ngan sifu rumah lelong Shafie Bustan yang memperkenalkan gua pada kedai makan yang menjadi ramai penggemar nasi kandar.. ( Adakah kakisnya kah.. )

Menu yang menjadi pilihan gua kali nieh.. Nasi putih + Ayam Hitam + Telur dadar + Cili Masak + Papadom!!!

Wow... Memang menarek setelah kuah campur yang disajikan untuk dijamah kini tidak sabar nak meniti tekak & terus ke perut gua...

Ayam HITAM yang lembut dimasak sehingga mudah dimakan walau korang kurang gigi sekalipun. Memang lama juga la kalo pekena ayam tak lembut..Mau lenguh otot mulut nak mengunyah..


Nie beberapa gambar untuk tatapan lu orang sebelum menerjah port yang dipunyai Restoran Yaseem AYAM HITAM ( ayam masak kicap )!!!


Restoren Yaseem StreetView Google

Signboard tanda kedai beroperasi


Berbaki menu untuk dijamah

Antara lauk pauk yang ada.


Menu pilihan gua pada kali nieh. AYAM HITAM!! Heheeh

Kalau lu orang nak terjah.. Cakap gua yang rekemon nah.. Boleh la gua paww tokey dia banje gua.. :)

Alamat : 351, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Maps


Ikan Bakar D'Kenali STIM Berempah Yang Horror

2 comments



Assalammualaikum....

Fuh!!! Makin gua menulis makin banyak pulak gua rasa kedai-kedai makan yang gua belum jejak kaki gua menerjah...


Nie port makan malam yang gua terjah ngan family gua pada minggu lepas...

Banyak kali gak gua lalu kedai makan nieh kalau balik dari melaka exit bangi untuk ke Putrajaya..

Banyak kali juga gua just lalu ja.. Pasa Khamis yang lepas gua menerjah selepas bini ku kepenatan & kehabisan idea nak masak apa untuk makan-makan kami sekeluarga...

Kedai nieh diberi nama D'Kenali Ikan Bakar.. Namun dari segi luaran memang nampak horror kedai nieh.. ( Iyer-iyer jerk ikan bakar.. )

Biasalah orang melayu memang memandang luaran gua berpisah tiada. Namun entah macam mana gua tetiba boleh memberhentikan kereta gua kat kedai makan nieh...

So, gua terus park & masuk kedai makan tanpa memilih ikan bakar untuk dijamah. Ku terus duduk & menanti untuk di ambil order.

Permulaan just order Nasi Putih beserta TomYam & telur dadar.. Gua pun menanyakan soalan pada budak pengambil order..

"Bro ikan bakar kira camner..? "

"Owh ikan kat depan bang.. Tanya budak depan..."

"Owh.. Ok gua pegi pilih "

Gua pun p la depan balik untuk memilih menu ikan untuk dibakar & dijamah pada malam nieh..

Menu pilihan gua. Bukan Siakap.. Walau ada siakap.. Tapi gua amek ikan talapia Merah & Hitam..

Tak lupa peberet bini gua kerang..

So nie menu tambahan gua..

Menanti dengan penuh debaran.. ( 1st timekan p makan.. Entah apa la rasa & rupanya.. )

Jadi, gua bagi lu orang menilai melalui gambar-gambar gua amek...




Ikan Bakar D'kenali Stim Berempah


Ikan Bakar D'kenali Stim Berempah ( Google StreetView )
Ikan Bakar D'kenali Stim Berempah Simpang ( Google StreetView )



Ikan Bakar D'kenali Stim Berempah Ikan Talapia

Ikan Bakar D'kenali Stim Berempah Ikan Pilihan


Ikan Bakar D'kenali Stim Berempah Kerang



Ikan Bakar D'kenali Stim Berempah tukang Bakar Stim




Ikan Bakar D'kenali Stim Berempah Kerang Stim Berempah

Ikan Bakar D'kenali Stim Berempah Sambal Stim Berempah

Ikan Bakar D'kenali Stim Berempah Sos Cicah Kerang & Ikan Bakar
Ikan Bakar D'kenali Stim Berempah Talapia Berempah

Ikan Bakar D'kenali Stim Berempah Settle



Ikan Bakar D'kenali Stim Berempah Tulang Belulang






Aiskrim Nie Penuh Dengan Biskut OREO

4 comments
Assalamualaikum....

Betul.. Real!!! Penuh dengan rasa biskut OREO.. Kenapa? Mana? Beli Kat Mana??? Brand apa??

Ha... Nie bukan brand tetapi HOMEMADE aiskrim.. ( kegilaan anak-anak, bapa pon sama jer )

Oreo Aiskrim Oreo Biskut Coklat Rice

Menarek bukan? Rekaan dan taburan ikut suka.. Nak belajar buat aiskrim sendiri.. Nieh kaedah caranya yang dibuat oleh isteriku...

Bahan-bahannya..

Bahan-bahan untuk dibuat aiskrim homemade



1/2 tin susu pekat manis
11/2 gelas susu segar(fresh milk)
1 sudu ovelete
1 sudu teh esen vanilla

Masuk kan semua bahan dalam blender.. 

Blend hingga gebu... 

Tambah la perisa yg anda suke.. 

Masuk kn dalam peti sejuk.. 

Nak bg aiskrim lg halus bila separuh beku blend sekali lagi.. 

Bekukan..dah beku ngap la...

Simple tak?? Kalau malas tueh yang jadi payah.. Selamat mencuba kaum ibu-ibu dan kaum bapa-bapa yang rajin... :)